ALOR SETAR: Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menggesa kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.
Baginda bertitah kerajaan juga perlu menambah baik kedudukan jawatan Hakim Mahkamah Syariah agar setanding dengan sistem diguna pakai di Mahkamah Sivil.
"Mahkamah Syariah adalah obor keadilan Agama Islam yang merupakan agama rasmi negeri ini. Oleh yang demikian, beta mahu Mahkamah Syariah menjadi sebuah institusi yang penting sesuai dengan kedudukan Islam di negeri ini.
"Sebagai langkah pemerkasaan, penubuhan Mahkamah Syariah hendaklah diletakkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah sebagaimana Mahkamah Sivil disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda semasa merasmikan pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini.
Sultan Sallehuddin juga mahu kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menstrukturkan semula ekosistem pengeluaran serta pasaran padi agar memberi pulangan setimpal kepada petani dan bukan hanya menguntungkan pemain hiliran semata-mata.
Baginda bertitah nasib pesawah, yang merupakan 'power house' sebenar sektor pertanian padi, perlu diberi perhatian serius kerana hasil pendapatan mereka sangat rendah.
"Tanpa memperluas kawasan jelapang padi sedia ada, kerajaan negeri perlu memikirkan langkah wajar untuk meningkatkan produktiviti padi di negeri ini. Penyelesaian yang ketara dalam perkara ini adalah penggunaan teknologi dalam pertanian.
"Teknologi di segenap peringkat rantaian pengeluaran padi perlu diperkasa bermula dari pengeluaran benih sehingga penuaian," titah baginda.
Baginda bertitah cabaran yang dihadapi petani dalam mengguna pakai teknologi seperti tahap kemampuan kewangan dan kekurangan ilmu pengetahuan perlu diselesaikan.
Sultan Sallehuddin juga bertitah kerajaan perlu mengambil langkah menjalin kerjasama dengan pihak swasta untuk menyediakan perkhidmatan teknologi pertanian pada harga murah dan berkualiti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan memberi tabik hormat ketika berangkat pada Istiadat Perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. - Foto Bernama
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Lebih 3,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir
Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Sultan Kedah gesa struktur Mahkamah Syariah disemak semula
Sultan Kedah menggesa kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.
Graduan UUM disaran terajui usaha cegah rasuah
Baginda percaya UUM boleh memainkan peranan proaktif dalam memperkenal dan melaksanakan perancangan ini.
Pegawai kerajaan perlu persiapkan diri dengan kemahiran di lapangan - Sultan Kedah
Pegawai kerajaan perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran di lapangan serta kemampuan mengatur strategi untuk berdepan sebarang bencana yang melanda negara, titah Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan
Sultan Kedah kurnia panji rejimen kepada Batalion ke-23 RAMD
Penganugerahan berkenaan sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan batalion berkenaan dalam mempertahankan kedaulatan bangsa dan memelihara keamanan negara.
10 Exco Kedah dijangka angkat sumpah Isnin ini
Majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah dijangka diadakan pada Isnin ini.
Sanusi persembah senarai calon Exco kepada Sultan Kedah Khamis ini
Beliau berkata senarai nama calon Exco tersebut diperoleh daripada kepimpinan parti komponen Perikatan Nasional dan akan dipersembah kepada Sultan Kedah untuk mendapat perkenan baginda.
Sanusi tiba di Istana Anak Bukit
Beliau dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Pertemuan dengan Sultan Kedah tiada kaitan urus niaga REE - Anwar
Anwar tegaskan pertemuan dengan Sultan Kedah hanya kunjungan hormat yang tidak berkaitan dengan REE.
PRN: Sultan Kedah perkenan bubar DUN 28 Jun
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas sesi menghadap bagi memohon perkenan pembubaran DUN Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.